Monday, September 25, 2006

Apa hal dengan manga?

Sekang ni banyak betul komik yang berunsurkan manga. Sehinggakan menjadi satu masalah besar kepada pelukis komik yang kononnya diorang adalah orang seni. Aku sendiri tak berapa menyukai stail komik manga tapi aku menerimanya kerana aku meminati dunia komik. Dulu seorang pelukis veteren yang juga pelukis komik pernah menyaran agar pelukis komik hari ini membuang pengaruh dari luar tersebut sedangkan dia sendiri berpaksikan komik dari barat. Malah dia menyebut manga itu budaya Jepun sedang tidak ada unsur budaya Jepun dalam komik manga kecuali komik itu menceritakan tentang dunia samurai. Apa yang mengatakan manga itu budaya Jepun? Kalau kita perhatikan kebanyakkan karakter manga tidak ada unsur perwajahan Jepun langsung. Ini kita kena ambik iktibar. Unsur komersial yang sebenarnya ada dalam komik manga. Kalau diorang memperlihatkan wajah Jepun yang bermnata sepet tentu manga tak akan mendapat pasaran di luar. Kita lihat kembali kepada komik local. Untuk menghasilkan komik pendekar yang berunsurkan komersial adalah sangat susah kerana betapa sensitifnya orang melayu. Komik Hong Kong yang mempopularkan budaya Kung Fu juga tidak memaparkan secara sebenarnya apa itu gerak Kung fu yang sebenar. Komik Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing juga memaparkan buadaya China yang memang lari jauh dari wajah sebenarnya. Tapi ia mempopularkan budaya China. Fikir-fikirkanlah. Nanti akau membebel lagi dalam blog aku sendiri ni.

5 comments:

azhar said...

betul tu...

tapi kita ketandusan komik Malaysia..

dan bila orang bertanya apa itu komik Malaysia..
apa itu Komik Melayu?..

apa jawapannya?

jazrul said...

saya tahu jawapanya

malaysia seo

fauzi said...

apa jawapanya

web design

fauzi said...

fikr la sendiri jawapanya

Anonymous said...

komik malaysia adalah hasil kerja tangan anak-anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama!