Sunday, September 24, 2006

Perjuangan yang tamat?!

Hanya setahun lebih aku dapat bertahan untuk membantu pelukis komik malaysia mencari tapak alternative selain dari gelanggang yang dah sedia ada. Aku bukan dahagakan pangkat sebagai editor kerana jawatan aku di tempat lama agak lumayan berbanding tempat baru. Tapi aku menyambut cabaran demi untuk menyediakan gelanggang dan mendidik pelukis komik Malaysia, Melayu terutamanya agar lebih terbuka dalam menjelajah dunia komik yang masih ditakuk lama ini.

Aku pernah mendengar soalan seperti ini "Eh! Pelukis kat Gempak tu cepatnya naik ye?!'. Soalan seperti tak payah dijawab, Gempak dilahirkan oleh orang yang minat komik yang meletakkan keuntungan ditempat kedua. Mereka ini adalah orang yang sabar. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam 3 bahasa terutamanya mandarin dan ini memberikan kelebihan kepada mereka untuk bertapak di luar seperti Hong Kong dan China. Mereka juga mengikut aliran tanpa menyoal stail atau gaya seperti manga. Tak seperti pelukis melayu yang mengutuk pengolahan karya manga tanpa mengambil iktibar. Kebanyakkan kartunis/pelukis keturunan Cina di Malaysia lebih terikut kepada gaya dan stail daripada Hong Kong pada era 70-80 an tetapi gaya ini berubah dengan kemunculan bakat baru yang mengikut arus semasa. Maka pada awal 90an sehingga sekarang, gaya manga menjadi ikutan. Ini menjadi kelebihan kepada kaum Cina untuk mengikuti karya manga kerana kebanyakkan ianya di alih bahasa ke bahasa Malaysia. Walaupun ianya terdapat banyak di pasaran masa itu tetapi pemuda bangsa Melayu hanya menyebut ayat seperti berikut jika diajukan komik dari Jepun "bukan boleh baca pun".

No comments: