Thursday, December 28, 2006

Wolverine pin up

Unfinished Wolverine Pin Up (click on picture to enlarge)

As I promised before, here the drawing of Marvel character I have done for Fan Art. But it's not finish yet. This pin up only warming up for a comic project with one of the comic publisher from US. I'll not telling you which publisher (not comfirm yet) but this project will finish until end of 2007 or never... depend on schedule of my office job.

Sunday, December 17, 2006

My first comic con

Haa... ni la gerai/booth yang aku lepak. Nampak tak artwork aku yang Ori tu. Kat sebelah tu brader Gayour, yang duduk atas kerusi merah pakai baju hitam tu aku la. Haa... tak nampak... pendek umur la.


Sci-Fi & Fantasy Festival yang berlansung kat Damansara Cathay Leisure merupakan comic con yang pertama aku join. Selama ni pun aku tak pernah join apa-apa event seperti Comic Fiesta dan lain-lain lagi. Satu pengalaman berharga bagi aku dapat jumpa ramai artis tapi masalahnya aku segan nak jumpa diorang ni sampai kena tunggu diorang tegur aku dulu. Memang segan nak jumpa pasal diorang tu berpengalaman besar.

Thursday, December 07, 2006

Simple Tips untuk pelukis komik/kartun yang baru (Malaysian Only)

Simple Tips untuk pelukis komik/kartun yang baru (Malaysian Only)
Ramai yang aku jumpa pelukis komik atau kartun yang tak tahu cara yang 'betul' untuk menghantar karya ke penerbit.
Kat bawah ni aku senaraikan beberapa 'perkara' yang sepatutnya dielakkan tetapi berlaku bila berhadapan dengan editor atau penerbit.


1. Aku jumpa ramai pelukis baru yang sering menghasilkan komik sehingga berpuluh-puluh mukasurat sebelum berjumpa dengan editor atau penerbit. Apabila karya mereka di'reject' pastinya berlaku kekecewaan yang melampau. Jadi sebelum menghasilkan 'real' komik hubungi penerbit dahulu untuk menunjukkan contoh lukisan atau karya. Kepada yang tak dapat datang untuk berjumpa editor sila poskan fotokopi contoh komik tersebut dan tunggu jawapannya.

2. Kebanyakkan pelukis sering membebel atau memprotes apabila banyak artwork diedit, contohnya dialog. Pelukis harus ingat yang artwork mereka telah dibeli oleh penerbit dan ianya telah menjadi hakmilik penerbit jadi penerbit berhak melakukan apa saja terhadap karya mereka. Di sini pelukis haruslah melahirkan karya yang betul-betul bermutu sehingga penerbit berpuasharti tanpa perlu mengedit lagi.

3. Anggaplah segala komen dari editor/penerbit sebagai cabaran untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu bukan untuk mengkondem editor tu balik kat kawan-kawan. Pengalaman aku sebagai editor aku telah menyenarai hitamkan beberapa pelukis komik yang bagus/tak bagus akibat perangai 'buruk' tersebut. Dan ini mungkin akan menutup periuk nasi mereka sendiri ternasuk menjadikan gelanggang komik semakin kecil. Ramai pelukis yang terlalu sensitif sehingga tidak boleh menerima segala komen yang diberikan oleh editor.

4. Kekemasan masih tidak diutamakan dalam menghasilkan komik. Terutamanya dari segi layout. Lukisan bagus tapi petak atau kolum senget dan tak kemas. Kertas lukisan kotor dan seperti kena minyak masak dan bermacam lagi. Malah cara menyusun folio untuk ditunjukkan kepada editor berterabur. Ini semua menjadikan ediror/penerbit hilang mood untuk menatap komik korang dan ini menutup peluang korang.

5. Mengkopi karya pelukis ternama pada permulaan adalah bagus tetapi bila korang dah sampai tahap semakin hebat, korang kena cipta stroke yang tersendiri. Melainkan stroke korang tu lebih baik dari stroke pelukis yang korang tiru tu.

6. Kepada pelukis komik yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini (yang baru datang dari kampung), jangan bermimpi ingin menjadi pelukis komik sepenuh masa. Nasihat aku cari kerja lain yang mempunyai masa terluang pada sebelah malam atau sabtu/ahad. Dan waktu sebegini boleh korang luangkan masa untuk melukis. Korang boleh menjadi pelukis komik secara profesional bila korang dapat peluang di US dan mendapat tempat sebaris dengan pelukis komim ternama lain. Ramai pelukis komik/kartun yang aku jumpa bercita-cita nak jadi pelukis pro tapi miss soru. Malah ada juga p[elukis ternama kita yang aku kenal terumbang-ambing hidupnya. Jadi... cari kerja lain.

7. Penuhkan ilmu di dada sebelum pergi 'berperang' kalau tidak jangan memandai nak bercakap pasal copyright atau apa-apa yang berkaitan dengan industri. Ada pelukis tu nak sangat publish komik lepas publish sendiri kemudian tertipu akhirnya atau kecundang di tengah jalan. Jangan beranagn nak keluarkan buku sendiri, aku sendiri tak teringin nak keluarkan buku sendir sebab aku masih 'lemah' lagi. Ada jugak pelukis yang bergaduh nak copyright sendiri... hah ambik kau, tapi jika karakter korang belum diregister bermakna copyright untuk ciptaan korang itu masih lagi 'bebas'. Dan jika karakter ciptaan korang tu tak bagus jangan beria-ia nak bergaduh pasal copyright. Aku ada jumpa seorang pelukis yang berjuang pasal copyright, bila dah dapat dan dah register... tak ke mana-mana ciptaannya itu. Sebab mungkin tak bagus... pastu takde duit nak publish sendiri. Bila dapat publish sendiri kecundang.

8. Kepada yang menghantar secara post... harap jangan hantar yang original kerana segalanya tak akan dipulangkan. Kepada yang berjumpa sendiri dengan editor pun diharap dapat menyediakan satu photokopi untuk ditinggalkan kepada editor kerana editor menerima banyak artwork jadi kemungkinan untuk men cari balik artwork yang ingin dipulangkan agak memakan masa. Jadi sediakan PHOTOSTAT SAHAJA!

9. Aku akan tambah lagi di waktu yang lain.

My comic magazines



US/UK (Sorry bad English)
I like comic medium very much... I start collecting comic since 12 years old. Action comic was the first comic followed by epic illustrated magazine. But all of them were gone in my hand. From Marvel to DC, from manga comic to Hong Kong Kung-Fu fighting comic. I'm trying to collect every comic in the world but only a few I have. I did a research about comic, drew comic... if my friend buys comic for their X-men character or Superman, but buy it cos it's comic. There are lot of single comic now day but only few comic magazine you can find in the comic shop.

2000AD a comic magazine from UK among the top. But don't forget Heavy Metal... I have been collecting this mag since I was 17 and stop until a few years ago. But now I'm ready to continue collecting Heavy Metal. Actually I have this mag from underground source because it was banned from Goverment. But 2000AD still survives in Malaysia market and you can get it even at kedai mamak. Other mag from Marvel called Epic Comic also one of the best comic book in the form of magazine. But sadly no longer available in the market. There also Frazzeta's Fantasy Illustrated, I only have it 4 to five issue. That's all cos they stop running it. And the only beautiful comic magazine so far... Penthhouse comic. That's why I called it beautiful mag, but it's truly good design mag. Anyone who wanted to see it... contact me cos I have in about 20 over copies/issues.

JAPAN
So far from Japan, the best comic magazine is Shonen Jump. Range Murata also trying hard to publish comic in magazines format but much expensive than Shonen Jump, its called Robot published by Wani Publishing Japan. Robot focus more comic art controled by Range Murata himself but it worth to have it.

MALAYSIA
From local (Malaysia) the best comic magazines so far but no longer in market, Fantasi which I collect a whole issue but after I graduate from Mara University of Technology more than 10 issue missing and damage. Gila-gila, Ujang, Gempak to name a few were survive until now in the market. But Gempak was a big 'victory' in Malaysia comic scene.

Tuesday, November 21, 2006

Girls portrait


Here is the illustration I did for a local mag. Another beautiful girl.
Pencil/photoshop

Sci-Fi & Fantasy Festival 2006


I'll be at Sci-Fi & Fantasy Festival 2006 Cineleisure Damansara, Malaysia on 15 Dec (Friday) & 17 Dec (Sunday). If i get enough time, there also limited edition sketch book (a lot of your favourite character such as DC and Marvel heroes as well as my own creation never publish before), comic zine, posters for sale. Maybe if somebody need me to draw his/her portrait, that's the time for it. Also be there Gilamon team, Kin Sun from One Academy and others plus Gayour. See you soon!



My Studio-Notice the poster Star Wars at the back? I will bring it the original to the Festival.

Sunday, November 12, 2006

Star Wars gallery?

Acrillic/prisma color on illustration board



Acrillic/prisma color on colored paper

This is my Star Wars art i did a few years ago. I enjoyed doing illustration by acrillic medium which is for me very easy to handle. I planned to do more Star Wars portrait illustration in the future but for the first, wait for Darth Maul together with Marvel Ultimate superhero art end of December.

My Action Figure

There's no artwork or sketches this week... by the way i got a couple of picture of my only action figure to show. I like to collect action figure but my space/studio not allow me to do that.

Spawn (Ashley Wood Cover)



Hellboy (At the back of Arkham Asylum)
My wife gave me this Action Figure as my birthday present. And the Arkham Asylum actually belongs to my 7 years old son.

Thursday, October 19, 2006

Another girl's Portrait.

Click on image to enlarge

I did this for a magazine and this pic/portrait base on a girls I met her a long time ago... forgot what her name is, sorry. You can view this also in my Deviantart Gallery.

Aku lukis awek ni ambik masa seminggu pasal aku tak terr lukis pompuan sebab posture muka dan badan pompuan begitu berseni. Aku kena tahan nafas baru boleh siap.

Monday, October 16, 2006

Portrait commissions



Cover Magazines (Acrillic)



Gayour's Portrait


I have nothing to post here, I'm doing some fan art right now but still in the making. Above-This is portrait commissions I did a few years ago for a local magazine featuring Erra Fazira a local actress (Medium-Acrillic). Below-Another portrait of my fellow friend also famous cartoonist in Malaysia, Mr. Gayour. Beside comic illustration, I am also available to work on fan art and portrait commissions.... if any of you interested just email me and we can discuss more about the price.

Thursday, October 05, 2006

Batman drawing


Unfinished Batman drawing for my online comic. The problem with this drawing... Batman look skinny or the suit maybe too tight for Mr. Wayne. I'll post this drawing in my Deviantart also. I have done with my Batman, Ultimate Thor and Ultimate Wolverine (you can see in my previous post) and there will be 'Ultimate Darth Maul' after this. So stay tune!

hellboy quick sketch


I did this sketch in about 10 to 20 minutes, very simple sketch. I like doing this kind of stuff and i'm willing to do more.

Wednesday, October 04, 2006

2000AD


Semalam selepas aku balik nengok wayang The Banquet aku selongkar buku dari bilik studio aku yang masih bersepah aku terjumpa satu majalah yang boleh agak popular jugak tapi tak ramai orang ambik tahu kerana ianya dalam format magazine. 2000AD boleh kata aku beli bila ada artwork dan story yang best. Ramai gak comic artis dari UK bermula kat sini sebelum terkenal di US. Medium/format magazine juga popular di Malaysia selain dari single publishing kecuali format komik dari Jepun. Sekarang ni aku nak cari koleksi Slaine dari artis yang tertera kat cover 2000AD ni. Harap dapat!

Monday, October 02, 2006

Another fan art in the making


Ultimate Thor... dah lama aku nak lukis karakter ni tapi takde masa. Baru 40% siap, sari dua lagi siap le. Jom layan!

Fan Art coming soon?!


Aku dah mula cuba buat fan art kerana ramai jugak yang suka menda camni. Aku juga suka tapi untuk seronok je la dan ianya tak bleh dipublish sesuka hati sebab terikat dengan hakcipta. Jadi aku publish kat website je lah. Apa yang korang nampak ni ilustrasi Batman, Ultimate Wolverine yang dah 90% siap dan aku akan publish dalam dua versi color dan black/white. Ini permulaan kepada short komik yang akan aku buat nanti. Aku tengah kumpul stock takleh dedah lagi sebab bukannya best sangat.

Benjamin artbook/comic


Hari Ahad lepas aku tangkap dua artbook oleh pelukis kelahiran Beijing iaitu Benjamin. Remember adalah salah satu bukunya. Sebenarnya buku ni dah diterbitkan di Malaysia oleh ArtSquare tetapi aku tetap nak cari yang original gak (bahasa Cina) kerana printing dan papernya lebih bagus sikit. Jadi aku dah ada 4 buku hasil kerjanya. Dua versi graphic novel 'Remember'. 'One Day'. Dan hasil terbarunya novel bertajuk 'Where Shall We Go'. Apapun novel ni walaupuin aku takleh baca tapi tetap aku beli pasal mengandungi beberapa ilustrasi buah tangan Benjamin. Komiknya ternyata sesuai dengan taste masyarakat Malaysia tapi yang aku kagumkan ialah ilustrasinya yang menggunakan software painter.

Monday, September 25, 2006

Apa hal dengan manga?

Sekang ni banyak betul komik yang berunsurkan manga. Sehinggakan menjadi satu masalah besar kepada pelukis komik yang kononnya diorang adalah orang seni. Aku sendiri tak berapa menyukai stail komik manga tapi aku menerimanya kerana aku meminati dunia komik. Dulu seorang pelukis veteren yang juga pelukis komik pernah menyaran agar pelukis komik hari ini membuang pengaruh dari luar tersebut sedangkan dia sendiri berpaksikan komik dari barat. Malah dia menyebut manga itu budaya Jepun sedang tidak ada unsur budaya Jepun dalam komik manga kecuali komik itu menceritakan tentang dunia samurai. Apa yang mengatakan manga itu budaya Jepun? Kalau kita perhatikan kebanyakkan karakter manga tidak ada unsur perwajahan Jepun langsung. Ini kita kena ambik iktibar. Unsur komersial yang sebenarnya ada dalam komik manga. Kalau diorang memperlihatkan wajah Jepun yang bermnata sepet tentu manga tak akan mendapat pasaran di luar. Kita lihat kembali kepada komik local. Untuk menghasilkan komik pendekar yang berunsurkan komersial adalah sangat susah kerana betapa sensitifnya orang melayu. Komik Hong Kong yang mempopularkan budaya Kung Fu juga tidak memaparkan secara sebenarnya apa itu gerak Kung fu yang sebenar. Komik Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing juga memaparkan buadaya China yang memang lari jauh dari wajah sebenarnya. Tapi ia mempopularkan budaya China. Fikir-fikirkanlah. Nanti akau membebel lagi dalam blog aku sendiri ni.

Sunday, September 24, 2006

Perjuangan yang tamat?!

Hanya setahun lebih aku dapat bertahan untuk membantu pelukis komik malaysia mencari tapak alternative selain dari gelanggang yang dah sedia ada. Aku bukan dahagakan pangkat sebagai editor kerana jawatan aku di tempat lama agak lumayan berbanding tempat baru. Tapi aku menyambut cabaran demi untuk menyediakan gelanggang dan mendidik pelukis komik Malaysia, Melayu terutamanya agar lebih terbuka dalam menjelajah dunia komik yang masih ditakuk lama ini.

Aku pernah mendengar soalan seperti ini "Eh! Pelukis kat Gempak tu cepatnya naik ye?!'. Soalan seperti tak payah dijawab, Gempak dilahirkan oleh orang yang minat komik yang meletakkan keuntungan ditempat kedua. Mereka ini adalah orang yang sabar. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam 3 bahasa terutamanya mandarin dan ini memberikan kelebihan kepada mereka untuk bertapak di luar seperti Hong Kong dan China. Mereka juga mengikut aliran tanpa menyoal stail atau gaya seperti manga. Tak seperti pelukis melayu yang mengutuk pengolahan karya manga tanpa mengambil iktibar. Kebanyakkan kartunis/pelukis keturunan Cina di Malaysia lebih terikut kepada gaya dan stail daripada Hong Kong pada era 70-80 an tetapi gaya ini berubah dengan kemunculan bakat baru yang mengikut arus semasa. Maka pada awal 90an sehingga sekarang, gaya manga menjadi ikutan. Ini menjadi kelebihan kepada kaum Cina untuk mengikuti karya manga kerana kebanyakkan ianya di alih bahasa ke bahasa Malaysia. Walaupun ianya terdapat banyak di pasaran masa itu tetapi pemuda bangsa Melayu hanya menyebut ayat seperti berikut jika diajukan komik dari Jepun "bukan boleh baca pun".