Thursday, December 07, 2006

Simple Tips untuk pelukis komik/kartun yang baru (Malaysian Only)

Simple Tips untuk pelukis komik/kartun yang baru (Malaysian Only)
Ramai yang aku jumpa pelukis komik atau kartun yang tak tahu cara yang 'betul' untuk menghantar karya ke penerbit.
Kat bawah ni aku senaraikan beberapa 'perkara' yang sepatutnya dielakkan tetapi berlaku bila berhadapan dengan editor atau penerbit.


1. Aku jumpa ramai pelukis baru yang sering menghasilkan komik sehingga berpuluh-puluh mukasurat sebelum berjumpa dengan editor atau penerbit. Apabila karya mereka di'reject' pastinya berlaku kekecewaan yang melampau. Jadi sebelum menghasilkan 'real' komik hubungi penerbit dahulu untuk menunjukkan contoh lukisan atau karya. Kepada yang tak dapat datang untuk berjumpa editor sila poskan fotokopi contoh komik tersebut dan tunggu jawapannya.

2. Kebanyakkan pelukis sering membebel atau memprotes apabila banyak artwork diedit, contohnya dialog. Pelukis harus ingat yang artwork mereka telah dibeli oleh penerbit dan ianya telah menjadi hakmilik penerbit jadi penerbit berhak melakukan apa saja terhadap karya mereka. Di sini pelukis haruslah melahirkan karya yang betul-betul bermutu sehingga penerbit berpuasharti tanpa perlu mengedit lagi.

3. Anggaplah segala komen dari editor/penerbit sebagai cabaran untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu bukan untuk mengkondem editor tu balik kat kawan-kawan. Pengalaman aku sebagai editor aku telah menyenarai hitamkan beberapa pelukis komik yang bagus/tak bagus akibat perangai 'buruk' tersebut. Dan ini mungkin akan menutup periuk nasi mereka sendiri ternasuk menjadikan gelanggang komik semakin kecil. Ramai pelukis yang terlalu sensitif sehingga tidak boleh menerima segala komen yang diberikan oleh editor.

4. Kekemasan masih tidak diutamakan dalam menghasilkan komik. Terutamanya dari segi layout. Lukisan bagus tapi petak atau kolum senget dan tak kemas. Kertas lukisan kotor dan seperti kena minyak masak dan bermacam lagi. Malah cara menyusun folio untuk ditunjukkan kepada editor berterabur. Ini semua menjadikan ediror/penerbit hilang mood untuk menatap komik korang dan ini menutup peluang korang.

5. Mengkopi karya pelukis ternama pada permulaan adalah bagus tetapi bila korang dah sampai tahap semakin hebat, korang kena cipta stroke yang tersendiri. Melainkan stroke korang tu lebih baik dari stroke pelukis yang korang tiru tu.

6. Kepada pelukis komik yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini (yang baru datang dari kampung), jangan bermimpi ingin menjadi pelukis komik sepenuh masa. Nasihat aku cari kerja lain yang mempunyai masa terluang pada sebelah malam atau sabtu/ahad. Dan waktu sebegini boleh korang luangkan masa untuk melukis. Korang boleh menjadi pelukis komik secara profesional bila korang dapat peluang di US dan mendapat tempat sebaris dengan pelukis komim ternama lain. Ramai pelukis komik/kartun yang aku jumpa bercita-cita nak jadi pelukis pro tapi miss soru. Malah ada juga p[elukis ternama kita yang aku kenal terumbang-ambing hidupnya. Jadi... cari kerja lain.

7. Penuhkan ilmu di dada sebelum pergi 'berperang' kalau tidak jangan memandai nak bercakap pasal copyright atau apa-apa yang berkaitan dengan industri. Ada pelukis tu nak sangat publish komik lepas publish sendiri kemudian tertipu akhirnya atau kecundang di tengah jalan. Jangan beranagn nak keluarkan buku sendiri, aku sendiri tak teringin nak keluarkan buku sendir sebab aku masih 'lemah' lagi. Ada jugak pelukis yang bergaduh nak copyright sendiri... hah ambik kau, tapi jika karakter korang belum diregister bermakna copyright untuk ciptaan korang itu masih lagi 'bebas'. Dan jika karakter ciptaan korang tu tak bagus jangan beria-ia nak bergaduh pasal copyright. Aku ada jumpa seorang pelukis yang berjuang pasal copyright, bila dah dapat dan dah register... tak ke mana-mana ciptaannya itu. Sebab mungkin tak bagus... pastu takde duit nak publish sendiri. Bila dapat publish sendiri kecundang.

8. Kepada yang menghantar secara post... harap jangan hantar yang original kerana segalanya tak akan dipulangkan. Kepada yang berjumpa sendiri dengan editor pun diharap dapat menyediakan satu photokopi untuk ditinggalkan kepada editor kerana editor menerima banyak artwork jadi kemungkinan untuk men cari balik artwork yang ingin dipulangkan agak memakan masa. Jadi sediakan PHOTOSTAT SAHAJA!

9. Aku akan tambah lagi di waktu yang lain.

5 comments:

rahim_armr said...

Saya rasa tips ni berguna untuk saya.Sila ke blog saya pula.http://rahimarts.blogspot.com.Komen abg dialu-alukan.

aXe said...

thakzzzz a lot?????

Shafiq said...

ooo macam tu. saya juga baru berjinak2 dengan komik. sudi2 la melawat fb page saya: The Comic Geek

Sharizan Sha said...

sekiranya saya ingin menjadi pelukis , dimana saya perlu menghantar hasil karya saya itu atau dibagaimana saya cara untuk berjumpa dengan editor ?

- niezam said...

Sharizan Sha: Memula kena tahu majalah mana yg kita nak hantar... lepas tu tanya sama ada dorang terima atau tak karya dari luar. Jika mereka terima kontek editor dan tanya apa kehendak atau konsep majalah mereka. kemudia buat temujanji untuk menunjukkan portfolio anda kepada editor. Jika editor telah suka lukisan anda dari situ perbincangan seterusnya akan bermula.